Nama saya Slamet Hari Natal dan saya Islam

Nama saya Slamet Hari Natal dan saya Islam

Menurut Jakarta Post, Slamet Hari Natal berasal dari Malang, Jawa Timur diberikan nama itu selepas dicadangkan oleh bidan Kristian yang menyambut kelahirannya ketika sambutan hari Krismas.

hari-natal
JAKARTA:
Seorang lelaki Islam berusia 54 tahun diberi nama Slamet Hari Natal oleh ibu bapanya kerana beliau dilahirkan pada hari Krismas, 25 Disember 1962.

Menurut Jakarta Post, lelaki yang tinggal di Malang, Jawa Timur itu berkata sepatutnya namanya ialah Selamat Hari Natal tetapi ejaannya dalam bahasa Jawa ialah Slamet.

“Ya, itu nama saya,” katanya sambil menunjukkan kad pengenalannya, yang tertera “Slamet Hari Natal” di ruangan nama.

Slamet berkata beliau dilahirkan di rumah seorang bidan beragama Kristian, bernama Akas Kiyo di daerah Tumpang, Malang.

Katanya, bidan itu mencadangkan kepada ibu bapanya untuk memberi nama Selamat Hari Natal sempena kelahirannya pada sambutan Krismas.

“Ibu bapa saya meskipun mereka Islam, menerima cadangan itu tetapi menamakan saya Slamet, nama biasa dalam keturunan Jawa yang membawa maksud ‘selamat’.

“Mereka kata tidak mahu fikir banyak menamakan saya, dan sudah ada cadangan itu, mereka terima saja,” katanya dipetik daripada Jakarta Post.

Meskipun namanya begitu dan dia seorang Islam, Slamet berkata tidak pernah dikutuk oleh jiran dan rakan.

“Tak pernah begitu. Kami bertoleransi di sini,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.