Obama yakin mampu kalahkan Trump, jika dibenarkan bertanding

Obama yakin mampu kalahkan Trump, jika dibenarkan bertanding

Trump bagaimanapun berkata, tidak mungkin Obama dapat menewaskan beliau.

obama-trump
HONOLULU: Barack Obama yakin dirinya mampu menewaskan Donald Trump pada pemilihan presiden Amerika Syarikat (AS) bulan lalu, jika beliau dibenarkan bertanding buat penggal ke-3.

“Tidak mungkin!” balas Trump dalam Twitternya dengan memetik liabiliti yang ditinggalkannya seperti rakyat kehilangan pekerjaan, perjuangan menentang militan IS dan undang-undang penjagaan kesihatan terkenal Obama.

Obama yang dilarang bertanding buat penggal ke-3 oleh Perlembagaan AS memberitahu bekas penasihatnya, Daud Axelrod dalam satu temubual disiarkan Isnin lalu, Amerika akan menyokong visinya.

“Saya yakin jika saya bertanding semula, saya rasa saya boleh menggerakkan majoriti rakyat Amerika untuk menyokongnya,” kata Obama merujuk mesej harapan dan perubahan dalam kempen 2008 beliau.

Trump yang menewaskan Hillary Clinton pada 8 November lalu dengan janji membersihkan Washington, akan dilantik secara rasmi sebagai presiden pada 20 Januari ini untuk menggantikan Obama.

Jurucakap Clinton, Brian Fallon menerusi Twitter berkata, Obama mampu menewaskan Trump dan Clinton boleh menang jika bukan kerana satu kenyataan FBI sejurus sebelum pemilihan presiden yang mendedahkan perkara baharu mengenai amalan e-mel Clinton sebagai setiausaha negara.

Pembantu Clinton berkata, pengumuman Pengarah FBI, James Comey yang menyebabkan tiada pendakwaan dilakukan terhadap wanita itu sudah mengubah pilihan raya, satu tuduhan yang ditolak pasukan Trump.

Obama berkata, Clinton “beraksi dengan baik dalam keadaan benar-benar sukar” dengan memfokuskan kelemahan Trump dan boleh berhujah lebih lanjut mengenai agenda Democrat dapat membantu golongan bekerja.

Menurut laporan Associated Press, Trump meraih lebih 270 daripada 538 undi negeri untuk memenangi jawatan presiden. Clinton mendapat 48.2% undi popular berbanding 46.1% bagi Trump, .

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.