BMW panggil semula 200,000 kereta di China

BMW panggil semula 200,000 kereta di China

Syarikat itu berkata terdapat generator gas dalam beg udara yang rosak dan boleh pecah tanpa dijangka yang boleh mengancam keselamatan pemandu.

bmw
BEIJING:
Pembuat kereta mewah Jerman, BMW memanggil semula hampir 200,000 kenderaannya di China berikutan terdapat kecacatan pada beg udara, menurut syarikat itu.

Kira-kira 168,861 kereta import dikeluarkan antara Disember 2005 hingga Disember 2011 dan 24,750 kenderaan dihasilkan dalam negara pada Julai 2005 hingga Disember 2011 akan dipanggil semula.

Arahan panggilan semula kenderaan itu disiarkan dalam satu kenyataan pada Jumaat di laman web rasmi Pentadbiran Am Penyeliaan Kualiti, Pemeriksaan dan Kuarantin China (ASDIQ).

ASDIQ berkata generator gas dalam beg udara rosak itu boleh pecah tanpa dijangka, dan akan membentuk serpihan yang boleh mengancam keselamatan pemandu.

Syarikat itu akan menggantikan generator gas dan beg udara rosak secara percuma.

Awal bulan ini, BMQ China berkata mereka akan memanggil semula kira-kira 22,543 kereta BMW dan Rolls-Royce yang diimport, juga kerana kerosakan beg udara.

Beg udara dalam sesetengah kereta BMW dan Rolls-Royce yang diimport antara 2011 dan 2012 mungkin tidak dapat digunakan dengan betul susulan terdapat kesilapan pengaturcaraan, kata syarikat itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.