Aktivis anti pembalakan ditahan polis selepas kiriman Facebook

Aktivis anti pembalakan ditahan polis selepas kiriman Facebook

Shariffa Sabrina merupakan antara aktivis yang lantang bersuara mengenai aktiviti pembersihan hutan oleh pemaju dan syarikat pembalak.

sabrina-syed-akil
PETALING JAYA: Polis semalam menahan 2 aktivis, dipercayai berkaitan dengan kiriman Facebook mengkritik pihak tertentu dalam penggondolan kawasan hutan, menurut sebuah NGO yang mewakili mereka.

Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (Peka) berkata presidennya, Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil dan pembantu pentadbiran Norhayati Shahrom yang ditahan tengah hari semalam oleh polis Johor, dipercayai berkait kiriman Facebook mengkritik aktiviti penebangan hutan di negeri itu.

Setiausaha Agung Peka, Bazlinda Bahrin berkata Sabrina dan Norhayati bertemu polis Shah Alam selepas diarah berbuat demikian, tetapi ditahan untuk siasatan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, sebelum dibawa ke Johor untuk mendapat perintah reman pagi ini.

Ketika ditahan, peguam aktivis Siti Kassim turut menemani mereka.

Sabrina sebelum ini lantang mengkritik penggondolan kawasan hutan, dan turut sama dengan masyarakat Orang Asli di Kelantan yang membantah pihak berkuasa negeri membenarkan aktiviti pembalakan di tanah mereka.

sabrina-syed-akil2

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.