
“Meskipun berdepan kecaman orang ramai, TNB mengambil keputusan untuk meneruskan kerja senggaraan,” kata Ahli Parlimen Seputeh dalam satu kenyataan hari ini.
Teresa Kok berkata sekiranya kerja pembaikan dan senggaraan Pencawang Masuk Utama (PMU) Bukit Badong – yang menyalurkan elektrik ke loji rawatan air Sungai Selangor – tidak boleh dielak, maka TNB perlu mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas gangguan bekalan air itu.
Semalam beliau mempersoalkan tindakan TNB menjalankan kerja senggaraan sebelum musim perasaan, dan menggesa syarikat utiliti menangguhkan kerjanya ke hari lain.
Naib Presiden TNB (Pembahagian) Datuk Baharin Din menjelaskan pemeriksaan dan imbasan terma minggu lepas menemui 2 isu yang perlu diambil tindakan segera bagi mengelakkan kerosakan besar pada peralatan.
Dalam satu laporan The Star hari ini, TNB mahu menjalankan kerja senggaraan pada 27 September lalu, tetapi “keputusan bersama” menangguhkan kerja mereka ke hujung tahun.
“Keputusan untuk menjalankan kerja senggaraan bermula hari ini diputuskan secara bersama dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Nasional (SPAN) dalam satu mesyuarat pada 31 Oktober,” kata Ketua Pegawai Korporat Datuk Roslan Ab Rahman.
Teresa bagaimanapun berkata pengguna tidak boleh penjelasan TNB itu dan mengapa kerja senggaraan tidak boleh dijalankan selepas musim perayaan.
“Sekiranya kerja pembaikan atau senggaraan tidak boleh dielakkan, ia kerana keputusan yang salah sudah diambil pada 31 Oktober.”
Teresa berkata TNB perlu jawab:
Mengapa TNB bersetuju untuk menangguhkan kerja senggaraan ke musim perayaan?
Bukan TNB menemui isu yang memerlukan kerja pembaikan segera? Oleh itu mengapa kerja pembaikan dan senggaraan ditangguhkan dari 27 September kepada 19 Disember?
Teresa merayu Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Maximus Ongkili supaya masuk campur dan mengarahkan TNB menangguhkan kerja senggaraan ke selepas musim perayaan.