
Portal DAP, Roketkini melaporkan, seramai 50 orang “menyerbu” pusat khidmat parti itu di Kota Sentosa semalam bagi tujuan itu kerana mereka menganggap lebih mudah berurusan dengan DAP berbanding Barisan Nasional (BN).
“Persoalannya, mana YB Barisan Nasional yang menang pilihanraya lepas? Lepas menang, batang hidung tak nampak,” soal Pembantu Pengerusi DAP Sarawak, Abdul Aziz Isa, yang menambah ramai penerima BR1M tidak mempunyai kemudahan Internet memaksa mereka mendapatkan bantuan.
Semua borang permohonan akan dihantar ke Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk diluluskan.
Pemohon juga datang daripada kawasan berjauhan seperti Pantai Damai, Batu Lintang, Stakan, Muara Tuang, Siniawan, Mambong, Tarat dan Sadong Jaya.
Roketkini turut melaporkan Pusat Khidmat DAP di Batu Kawah menerima 30 permohonan BR1M.
Bajet 2017 yang dibentangkan Oktober lalu mengumumkan bantuan BR1M melibatkan 7 juta penerima dengan peruntukan RM6.8 bilion.
RM1,200 diberikan bagi isi rumah berpendapatan bawah RM3,000, RM900 bagi pendapatan RM3,000-RM4,000, dan RM450 bagi golongan bujang berpendapatan RN2,000 ke bawah.