
Ahli Parlimen Pulai itu berkata ia hanya satu lagi penjelmaan semula pembangkang, daripada APU pada pilihan raya umum (PRU) 1990 kepada Pakatan Harapan hari ini yang ditubuhkan untuk menipu rakyat.
“Mereka tukar nama saja, tetapi orangnya masih sama daripada ideologi berbeza yang mengetuai gabungan itu,” katanya kepada FMT.
Nur Jazlan, yang juga timbalan menteri dalam negeri berkata pakatan pilihan raya itu tidak berbeza dengan kahwin kontrak dan tidak lebih daripada satu lagi helah politik.
“Pakatan ini kahwin kontrak kerana PPBM menggunakan Pakatan dan berharap membentuk sekutu dengan BN selepas pilihan raya jika mereka memenangi kerusi yang mencukupi,” katanya.
Pada Selasa, Pakatan Harapan dan PPBM secara rasmi menandatangani memorandum persefahaman pakatan pilihan raya mereka pada satu sidang akhbar.
Bagaimanapun, PPBM belum lagi secara rasmi menyertai gabungan pembangkang meskipun mendakwa ia berkongsi perjuangan dan prinsip sama dengan blok pembangkang.
“Pakatan memerlukan PPBM untuk memecahkan pengundi Umno secara senyap.
“Pemimpin PPBM ialah bekas pemimpin Umno yang mahu merayu ahli Umno untuk secara senyap menolak Umno.
“Pada masa sama, PPBM memerlukan Pakatan untuk menyokong calonnya supaya boleh memenangi kerusi mencukupi untuk menawarkan pemimpin Melayunya mengetuai Pakatan selepas itu, atau menyertai Umno jika Pakatan gagal menang dalam PRU14.
“Tetapi mereka akan gagal kerana pengundi Umno dan BN boleh nampak penipuan mereka,” katanya.
Perjanjian yang ditandatangani antara Pakatan Harapan dan PPBM semalam juga memerlukan pihak penandatangan memastikan perlawanan 1 lawan 1 dengan BN pada pilihan raya umum akan datang.
PAUTAN;