
Darjah kebesaran itu dianugerahkan sempena hari keputeraan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah semalam, lapor Asia Samachar, sebuah majalah hal ehwal komuniti Sikh rantau Asia Tenggara.
“Ini (penghargaan) untuk semua penduduk Sikh, bukan untuk saya seorang. Saya wajah dan suara masyarakat Sikh,” Harjit, 63, dipetik sebagai berkata.
Harjit yang bersara secara rasmi 5 tahun lalu dan ditugaskan mengurus siaran berita RTM dalam 4 bahasa iaitu Bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin dan Tamil, masih membaca berita sehingga ke hari ini.
Bagaimanapun, beliau merancang berhenti terus tahun depan.
Pada 2011, Harjit yang menyertai RTM sebagai penyampai radio, dinobatkan Penyampai Berita Televisyen yang Paling Lama Berkhidmat oleh Malaysia Book of Records.
Harjit, satu-satunya penyampai berita daripada latar belakang Sikh, berseloroh tentang sindiran sahabat handai mengenai nama penuh “RTM”.
“Menurut mereka, ia bermaksud ‘Regular Turbanned Man’ (Orang Biasa Berserban),” Asia Samachar memetiknya sebagai berkata.