
Khairuddin yang juga ahli Parlimen Kuala Nerus, berkata demikian sebagai mengulas tindak balas pelbagai pihak ke atas pindaan Perlis terhadap undang-undang syariah, yang membolehkan kanak-kanak secara unilateral memeluk agama Islam.
Khairuddin berkata Enakmen Pentadbiran Agama Islam 2006 diluluskan pada Jumaat adalah selaras dengan Perlembagaan dan tidak boleh dikritik.
Katanya, ia sebenarnya langkah kerajaan persekutuan untuk meluluskan undang-undang baru yang melarang penukaran secara unilateral, bertentangan dengan peruntukan dalam Perlembagaan.
“Isu ini tidak perlu disensasikan dan mesti dilihat secara objektif.
“Ia bukan petanda yang baik bagi umat Islam, apabila orang bukan Islam nampaknya menjadi lebih berani dengan campur tangan dalam pindaan undang-undang Islam yang selaras dengan Perlembagaan.
“Ia dilihat sebagai ancaman kepada kuasa Islam di negeri ini mengikut Perlembagaan Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan menerusi lidah rasmi PAS HarakahDaily.
Ketua penerangan Dewan Ulama PAS itu menegaskan orang-orang yang tidak bersetuju dengan pindaan itu boleh menyatakan bantahan mereka dengan mencadangkan pindaan Perkara 12 (4) Perlembagaan.
Beliau berkata ini kerana pindaan kepada enakmen Perlis hanya melibatkan perubahan dalam istilah “ibu bapa” kepada “ibu bapa atau penjaga”, sama dengan istilah yang digunakan di dalam perlembagaan.
Sementara itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Azalina Othman Said mencadangkan pindaan Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 untuk menamatkan penukaran anak secara unilateral.
Beliau memberitahu pemberita awal minggu ini Kabinet bersetuju untuk turut meminda Perkara 12 (4) Perlembagaan.
Bagaimanapun, Khairuddin memberi amaran tindakan ini mungkin membenarkan “ratusan kes lalu disemak semula”.
Tukar agama: Undang-undang persekutuan atasi negeri, kata Azalina