Honda selesai ganti 68% pengepam beg udara kereta

Honda selesai ganti 68% pengepam beg udara kereta

Sebanyak 84 pengedar sah perkhidmatannya di seluruh negara akan menggerakkan sekutu mereka untuk menemui pelanggan terbabit.

2009 Honda City on Sept 24
KUALA LUMPUR:
Honda Malaysia Sdn Bhd sudah menyelesaikan 68% usaha penggantian pengepam beg udara Takata di bahagian hadapan pemandu setakat ini dan akan terus menawarkan kemudahan itu kepada pelanggan terbabit.

Dalam satu kenyataan hari ini, Honda berkata sebanyak 84 pengedar sah perkhidmatannya di seluruh negara akan menggerakkan sekutu mereka secara pintu ke pintu dan menemui pelanggan terbabit di premis masing-masing mulai sekarang sehingga 31 Dis, 2016.

“Langkah ini bertujuan meningkatkan kesedaran selain memberi penekanan betapa pentingnya usaha menggantikan pengepam beg udara itu serta melancarkan aktiviti percuma itu.

“Pelanggan dinasihatkan supaya menggantikan pengepam itu seberapa segera kerana beg udara Takata yang terjejas boleh menyebabkan tekanan dalaman kuat apabila diaktifkan.

“Penutupnya boleh terbuka dan berkemungkinan mendatangkan kecederaan atau maut kepada pemandu mahupun penumpang,” kata kenyataan itu.

Honda turut bekerjasama erat dengan pihak Jabatan Pengangkutan Jalan untuk menghubungi pemilik kereta Honda yang terjejas, berdasarkan data jabatan berkenaan.

“Pelanggan terbabit boleh mengunjungi pusat servis Honda bagi menggantikan pengepam beg udara berkenaan,” katanya.

Maklumat lanjut berkaitan janji temu boleh diperoleh menerusi talian bebas tol Honda 1-800-88-2020.

Pengepam beg udara Takata 100% tersedia

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.