Penunjuk perasaan desak Chow ganti Guan Eng jadi ketua menteri

Penunjuk perasaan desak Chow ganti Guan Eng jadi ketua menteri

Muhsin berkata, Chow adalah pilihan lebih baik sebagai ketua menteri kerana beliau lebih mudah didekati dan merupakan 'penyelamat rakyat Pulau Pinang'.

Chow-Kon-Yeow
GEORGE TOWN:
Sekumpulan penunjuk perasaan berkumpul di luar Mahkamah Tinggi menuntut Lim Guan Eng meletak jawatan sebagai ketua menteri Pulau Pinang, ketika pengurusan kes rasuahnya sedang berlangsung.

Kira-kira 50 individu melaungkan “Hidup YB Chow” sambil memegang poster menuntut Lim digantikan exco negeri merangkap Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.

Setiausaha Persatuan Mukubuku Pulau Pinang, Muhsin Lateef yang mengetuai protes itu berkata, Chow adalah pilihan lebih baik sebagai ketua menteri kerana beliau lebih mudah didekati dan merupakan “penyelamat rakyat Pulau Pinang”.

“Apa yang Lim lakukan untuk menyelesaikan isu banjir menjejaskan golongan miskin?

“Saya tahu ada peruntukan RM40 juta untuk projek tebatan banjir, tetapi bila ia akan dimulakan dan di mana?

“Hanya Chow boleh selamatkan Pulau Pinang,” katanya.

Chow-Kon-Yeow4

Lim sebelum ini berkata, jika dia disabitkan kesalahan rasuah, Chow akan mengambil ahli tempatnya sebagai ketua menteri Pulau Pinang.

Pada 6 November lalu, DAP Pulau Pinang sebulat suara meluluskan Chow sebagai pengganti Lim untuk jawatan ketua menteri, jika sesuatu berlaku kepada setiausaha agung DAP itu.

Lim berdepan 2 tuduhan rasuah berhubung pembelian sebuah banglo di Jalan Pinhorn dan kes itu disebut buat kali kedua hari ini di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.

PAUTAN:

Boleh bekerja bersama jika Chow dilantik KM, kata Rashid

Kenapa Guan Eng tak pilih Ramasamy?

Ini sebabnya Ramasamy bukan pengganti Guan Eng

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.