IDEAS: Hentam DAP bagus untuk Umno, buruk untuk negara

IDEAS: Hentam DAP bagus untuk Umno, buruk untuk negara

Penganalisis Wan Saiful Wan Jan berkata menghentam DAP boleh membantu Umno dalam pilihan raya umum akan datang dan boleh juga pecah belahkan negara

wan-saiful-dap-umno-1
PETALING JAYA:
Badan pemikir mendakwa walaupun menghentam DAP boleh membantu Umno dalam pilihan raya umum akan datang, boleh memecah belahkan negara mengikut garis perkauman, ia juga boleh memecah belahkan negara mengikut garis perkauman.

Ketua Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Demokrasi (Ideas) Wan Saiful Wan Jan berkata demikian mengulas retorik menghentam DAP dalam perhimpunan agung Umno yang selesai baru-baru ini.

Katanya dari segi untuk memenangi pilihan raya, Umno mengambil langkah yang tepat dengan menghentam DAP.

“Kalau kita fikirkan mengenai pilihan raya akan datang, menghentam DAP akan pastikan ahli Umno mempunyai musuh bersama dan akan mendorong orang Melayu menyokong parti berteraskan Melayu,” katanya.

Tetapi, beliau memberi amaran ia juga boleh “merosakkan” negara.

“Pada asasnya mereka mahu menyatukan orang Melayu dengan andaian orang Cina mahu ambil alih. Langkah yang bijak untuk pilihan raya umum akan datang tetapi mereka akan menang dalam keadaan negara berpecah belah.”

Beliau mendakwa DAP sekadar kod yang merujuk kepada orang Cina. “Itu bukan mengenai DAP.”

Ditanya mengenai kelemahan dalam perhimpunan tahun ini, Saiful berkata banyak isu “didiamkan begitu sahaja”.

“Isu mengenai kesetiaan membabi buta; isu urustadbir syarikat milik kerajaan terutamanya 1MDB; dan isu tangkapan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia melibatkan pelbagai tuduhan rasuah.

“Isu sebegitu disentuh secara ringan oleh beberapa orang tetapi tidak diatasi” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.