
Menurut laman web THE, Universiti Putra Malaysia menduduki tempat ke-89, melonjak 14 anak tangga daripada kedudukan sebelum ini, manakala 2 lagi universiti iaitu Universiti Teknologi Petronas berada di kedudukan ke-91 dan Universiti Teknologi Malaysia tempat ke-100.
Sementara itu, universiti yang berjaya ke senarai 300 terbaik ialah Universiti Sains Malaysia di kedudukan ke-114 dan Universiti Kebangsaan Malaysia pada tempat ke-136.
Universiti Utara Malaysia berjaya berada dalam kumpulan 201-250 dan Universiti Teknologi Mara pula dalam kelompok 251-300.
Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh dalam laman Twitternya mengucapkan tahniah kepada universiti berkenaan dan berkata: “Tahniah kepada universiti kita untuk pencapaian ini. Teruskan kejayaan, kerja keras tidak berakhir di sini – mara ke 100 terbaik dan seterusnya. #SoaringUpwards”.
Kira-kira 50 negara disenaraikan dalam ranking BRICS 2017 termasuk China, Brazil, Rusia, India dan Afrika Selatan.