Strategi pembangkang sama dengan Nazi, kata Zahid

Strategi pembangkang sama dengan Nazi, kata Zahid

Dalam usaha pembangkang memusnahkan Umno, mereka ingin menjadikan rakyat hilang kepercayaan terhadap pemimpin dan institusi negara, kata pemangku timbalan presiden Umno.

zahid-1
KUALA LUMPUR:
Pemangku Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyamakan strategi pembangkang dengan Adolf Hitler dan pergerakan Nazi Jerman.

Beliau berkata kejayaan Malaysia sebagai satu-satunya negara berbilang kaum dipimpin orang Islam di dunia menjadikannya objek iri hati, bukan sahaja kepada orang luar, tetapi juga pihak dalam negara.

Hasilnya, pelbagai “cerita” timbul untuk memusnahkan parti pemerintah Umno, kata Zahid.

“Mereka juga mencipta papan cerita untuk membentuk persepsi keganasan bagi menjadikan masyarakat awam hilang kepercayaan terhadap pemimpin dan institusi negara yang merupakan tulang belakang kepada keamanan dan keharmonian kita.

“Saya pasti anda semua pernah mendengar mengenai pemimpin Nazi Jerman, Adolf Hitler yang membunuh berjuta-juta orang Yahudi semasa Perang Dunia Ke-2.

“Sebenarnya, kejayaan beliau datang daripada strategi propaganda yang berkesan berasaskan pembohongan. Plot pembangkang di negara ini kelihatan agak serupa,” katanya semasa Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, sebentar tadi.

Beliau berkata, parti pembangkang cuba menarik orang ramai dengan dakwaan yang negara ini akan bankrap bersama “cerita rekaan” lain.

Ini adalah teknik sama digunakan Hitler yang menurut Zahid pernah menulis: “Jika anda ingin berbohong, biarlah ia besar dan jika kamu katakanya berulang kali, orang akan mula mempercayainya.”

Melalui radio dan filem kreatif, pergerakan Nazi berjaya “mengawal” minda lebih 80 juta orang, kata Zahid.

Kuasa Allah bagaimanapun menyebabkan kejatuhan mereka dan Hitler akhirnya membunuh diri, kata beliau lagi.

Beliau kemudian berkata pengajaran yang boleh diambil rakyat Malaysia adalah keadaan yang sama nampaknya berlaku di negara ini dan perlu dibimbangi.

“Perubahan ini tidak hanya melibatkan perubahan dalam strata sosial, tetapi lebih membimbangkan ialah pemikiran orang ramai yang membawa kepada kebangkitan politik kebencian,” kata Zahid yang juga timbalan perdana menteri.

Zahid beri amaran pihak ingin guling kerajaan cara tidak demokratik

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.