
Hamidah (bukan nama sebenar) kemudian mendapati ibu remaja kepada bayi itu tidak mengetahui tindakan sepatutnya yang perlu dilakukan kerana dipulaukan keluarga, rakan malah bapa bayi itu sendiri.
“Saya tahu ketika itu saya terpaksa melakukan sesuatu kerana ini tidak betul. Saya tidak boleh membiarkan kejadian seperti ini berlaku lagi, “katanya.
Hamidah, pekerja media, kemudiannya menubuhkan sebuah pertubuhan sukarela dikenali Kami Sanggup Ambil Anak Angkat (KSAAA). Kumpulan itu menggunakan Facebook untuk mendekati mereka yang memerlukan bantuan.
Beliau mula membaca perkara undang-undang berkaitan dan bercakap dengan pihak terlibat dalam sektor kebajikan untuk mendapatkan pemahaman lebih baik mengenai apa yang boleh dilakukan.
“Kumpulan ini bertujuan memadankan keperluan orang yang inginkan anak dengan mereka yang tidak boleh memelihara anaknya,” jelasnya kepada FMT dalam satu temu bual baru-baru ini.
Hamidah berkata dalam kes di mana seorang ibu kandung mahu melepaskan anak untuk diambil sebagai anak angkat, beliau akan menghubungi pasangan berminat dan mengatur bagi mereka bertemu ibu berkenaan.
Beliau berkata ini adalah untuk memastikan ibu biologi dan ibu bapa angkat boleh membincangkan perkara berkaitan kehamilan dan pemeliharaan kanak-kanak itu.
“Hanya kerana seseorang itu menyerahkan anaknya untuk dijadikan anak angkat, beliau tidak kehilangan hak tertentu seperti lawatan atau peranan, seperti menyusukan bayi.”
Lebih sekadar anak angkat
“Kami juga membantu ibu biologi yang mahu menjaga bayi mereka dengan membawa kes itu kepada agensi kerajaan berkaitan untuk membantu mereka mendapatkan sokongan dan bantuan diperlukan.”
Beliau mengaitkan satu kes baru-baru ini di mana pasangan di Kedah, kedua-duanya berusia 17 tahun, mahu menyerahkan bayi dalam kandungan sebagai anak angkat kerana suami hanya berpendapatan RM600 sebagai atendan letak kereta dan hanya mampu menyewa sebuah bilik kecil di flat.
“Saya bercakap dengan ibu biologi itu dan berkata, jika saya boleh dapatkan suami anda kerja lebih baik dan jika saya boleh mendapatkan pihak berkuasa membantu anda, adakah anda akan menjaga bayi anda?”
“Beliau berkata ‘ya’, jadi saya mula membuat beberapa panggilan. Saya berjaya mendapatkan suaminya kerja di sebuah kilang dengan upah lebih baik dan manfaat, manakala Jabatan Zakat Kedah menawarkan diri membayar sewa bagi unit Projek Perumahan Rakyat selama 2 tahun.”
Hamidah berkata, kumpulan itu tidak menerima sebarang bayaran bagi usaha mereka. Bagaimanapun, keluarga yang mahu mengambil bayi angkat perlu menyediakan sejumlah wang yang dimasukkan ke dalam dana khas.
“Dana ini adalah untuk menangani kes ad-hoc di mana kita perlu mengambil ibu biologi untuk pemeriksaan atau membelikan mereka beberapa barangan sebelum keluarga angkat ditemui.”
Hamidah berkata beliau berharap mereka yang ingin mendapatkan anak angkat atau menyerahkan anak akan menghubungi pihaknya (dilampirkan pautan untuk mengelakkan laman web palsu – Facebook) jika mereka tidak pasti apa yang perlu dilakukan.
Kumpulan ini membantu memastikan lebih 40 bayi sama ada diterima atau dijaga ibu bapa kandung sejak penubuhannya.
Awal tahun ini, statistik polis melaporkan kira-kira 100 bayi dibuang setiap tahun, dengan lebih separuh daripadanya meninggal dunia.
Pada 2015, sebanyak 104 bayi dijumpai dibuang, dengan 61 daripadanya sudah meninggal dunia.
Minggu lalu, Al Jazeera mendedahkan perdagangan bayi melibatkan beberapa pihak iaitu peniaga haram, doktor dan pegawai-pegawai kerajaan, semua keuntungan hasil daripada wanita mengandung dan kanak-kanak.
Program ini mendapati bayi yang diniagakan seperti komoditi dengan harga ditentukan berdasarkan bangsa, warna kulit, jantina dan berat.