Mayat pendaki Malaysia di Iran ditemui

Mayat pendaki Malaysia di Iran ditemui

Isteri mangsa berkata beliau sedang berusaha bersama Kedutaan Malaysia di Iran untuk membawa jenazah pulang ke Malaysia secepat mungkin.

pendaki_gunung_600
KUALA LUMPUR:
Isteri kepada Syed Redzuan Syed Salim Shatri hari ini mengesahkan jasad suaminya ditemui di Yakhar Glacier, Gunung Damavand selepas 6 hari dilaporkan hilang.

Yszahanim Yusoff berkata beliau sedang berusaha bersama-sama dengan Kedutaan Malaysia di Iran untuk membawa jenazah pulang ke Malaysia secepat mungkin.

Sementara itu misi mencari dan menyelamat masih lagi diteruskan untuk mencari seorang lagi pendaki Malaysia yang dilaporkan hilang iaitu Ramli Abdul Majid.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.