Pemimpin revolusi Cuba Fidel Castro meninggal dunia

Pemimpin revolusi Cuba Fidel Castro meninggal dunia

Pengumuman kematiannya dibuat menerusi siaran televisyen negara itu oleh adiknya yang juga Presiden Cuba, Raul Castro.

Fidel-Castro
HAVANA:
Presiden Raul Castro hari ini mengumumkan ikon revolusi Cuba Fidel Castro, yang juga abangnya meninggal dunia pada usia 90 tahun, di sini malam semalam.

Menerusi pengumuman yang dibuat di siaran televisyen negara itu, Raul berkata: “Ketua komander revolusi Cuba meninggal dunia jam 10.30 malam ini.”

Fidel mengetuai Cuba sejak 1959 sewaktu beliau menggulingkan rejim Fulgencio Batista melalui Gerakan 26 Julai.

Sebagai pemimpin utama Revolusi Cuba, beliau menjadi perdana menteri Cuba dari Februari 1959 hingga Disember 1976, dan kemudian presiden Cuba.

Pada tahun-tahun yang berikutnya, Fidel mengubah Cuba menjadi negara komunis pertama di Hemisfera Barat. Beliau mengumumkan persaraan sebagai presiden Cuba pada 18 Februari 2008.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.