Malaysia ucap takziah kepada Cuba atas pemergian Castro

Malaysia ucap takziah kepada Cuba atas pemergian Castro

Wisma Putra dalam satu kenyataan hari ini berkata Castro akan sering diingati sebagai ikon revolusi bukan hanya di Cuba tetapi di seluruh dunia.

Fidel-Castro
PUTRAJAYA:
Kerajaan dan rakyat Malaysia hari ini mengucapkan takziah kepada kerajaan dan rakyat Cuba di atas pemergian Presiden Fidel Castro.

Wisma Putra dalam satu kenyataan hari ini berkata Castro akan sering diingati sebagai ikon revolusi bukan hanya di Cuba tetapi di seluruh dunia.

Castro meninggal dunia pada Jumaat, pada usia 90 tahun.

Beliau memimpin Cuba selama hampir separuh abad sebelum mengundur diri pada 2006 atas faktor kesihatan. Fidel diganti oleh adiknya Raul Castro.

Sementara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini turut mengucapkan takziah.

“Walapun berdepan dengan tekanan yang besar, beliau tetap setia dengan prinsipnya sehingga akhir hayat – seorang ikon pergerakan berkecuali,” katanya dalam laman Facebooknya.

Berita kematian pemimpin itu diumumkan presiden Cuba menerusi stesen televisyen nasional negara itu, semalam.

PAUTAN: 

Pemimpin revolusi Cuba Fidel Castro meninggal dunia

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.