Castro akan ‘hidup selama-lamanya’, kata presiden China

Castro akan ‘hidup selama-lamanya’, kata presiden China

Presiden China menganggap Castro seorang lelaki dan sejarah serta rakyat akan mengenang beliau.

Xi-Jinpin
BEIJING:
Fidel Castro akan hidup selama-lamanya, kata Presiden China Xi Jinping pada Sabtu dalam mesej yang dibacakan di televisyen berikutan kematian bekas pemimpin Cuba, Fidel Castro.

“Orang-orang Cina kehilangan teman yang baik dan jujur,” kata Xi dalam mesej yang dibaca pada awal berita di saluran TV utama negara ini. “Komrad Castro akan hidup selama-lamanya.”

Castro adalah “seorang lelaki yang hebat pada masa ini,” kata presiden. “Sejarah dan rakyat akan mengenang beliau,” katanya.

Xi berkata hubungan kedua-dua negara komunis itu berkembang dengan cepat atas usaha Castro selepas hubungan diplomatik diadakan pada 1960.

Dalam dokumentari yang disiarkan tidak lama selepas kematian Castro diumumkan, CCTV berkata Fidel Castro dikagumi Mao Zedong dan “kesal tidak dapat mengenali beliau.”

Walaupun kedua-dua negara berkongsi ideologi, mereka kekal berjauhan kerana keakraban Cuba ke arah Kesatuan Soviet, saingan China sejak tahun 1960-an, sehingga kematian Mao pada 1976.

Terdapat usaha ke arah pemulihan hubungan baik selepas kejatuhan Kesatuan Soviet, dengan para pemimpin China melawat Cuba beberapa kali.

Presiden Xi “melawat rakan lamanya Fidel Castro” pada Julai 2014, kata CCTV.

Castro pula melawat Beijing pada 1995.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.