RUU 355: Masih banyak proses perlu dilalui, kata Zahid

RUU 355: Masih banyak proses perlu dilalui, kata Zahid

Timbalan perdana menteri berkata semua pihak tidak seharusnya terburu-buru mengenai sokongan terhadap usul RUU 355 kerana banyak proses perlu dilalui sebelum sampai ke peringkat itu.

zahid-hamidi
KUCHING: Soal undi menyokong atau tidak Rang Undang-undang (RUU) persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (RUU 355) pada persidangan Dewan Rakyat ketika ini tidak timbul, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan perdana menteri berkata semua pihak tidak seharusnya terburu-buru mengenainya kerana banyak proses perlu dilalui sebelum sampai ke peringkat itu.

Mengikut aturan mesyuarat Dewan Rakyat, Ahli Parlimen Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan membentangkan usul mencadangkan RUU persendirian itu hari ini.

Zahid berkata selepas dibentang, jika diterima sekalipun usul itu, ia masih tidak akan dibahaskan, kerana sebarang pindaan perundangan adalah dalam bidang kuasa kerajaan.

Beliau berkata sebarang langkah ke arah penerimaannya, memerlukan beberapa langkah lagi diambil, dan sama sekali tidak dapat dilaksanakan pada persidangan yang berlangsung hari ini, katanya kepada pemberita dalam sidang media yang turut dihadiri Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem di bangunan Dewan

Undangan Negeri Sarawak di sini.

Taklimat RUU 355 ‘hangat’ pada mulanya, kata Zahid

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.