Malaysia-Filipina tingkat rondaan, kawal keselamatan perairan

Malaysia-Filipina tingkat rondaan, kawal keselamatan perairan

Khalid berkata, polis Malaysia akan meronda di perairan Filipina dan polis negara itu meronda di perairan Malaysia.

khalid
SEPANG:
Polis Malaysia dan Filipina sepakat meningkatkan rondaan bagi mengawal keselamatan di perairan kedua-dua negara, kata Tan Sri Khalid Abu Bakar.

“Saya baru balik dari Manila selepas mengadakan satu perjumpaan dengan Ketua Polis Filipina (Ronald Dela Rosa) mengenai perbincangan meningkatkan tahap keselamatan di perairan Sabah.

“Kita bersetuju untuk polis Malaysia meronda di kawasan perairan Filipina dan pihak Filipina pula meronda di kawasan kita. Kerjasama ini penting bagi kita menangani masalah jenayah di kawasan perairan kedua-kedua negara.

“Filipina juga bersetuju menempatkan seorang pegawai polis di Kota Kinabalu sebagai badan perhubungan. Kita juga bersetuju meningkatkan rangkaian perhubungan kedua-dua negara,” katanya pada sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.

Dua nelayan warga Indonesia, masing-masing seorang juragan berusia 43 tahun dan pembantunya berusia 36 tahun diculik kira-kira jam 7.30 malam Sabtu, di perairan Merabung, Sabah.

Pada 5 November lalu, 2 tekong kapal nelayan diculik di perairan Kertam, Kinabatangan, Sandakan.

Penculikan nelayan Indonesia itu mengundang kritikan republik berkenaan yang mempersoalkan tahap keselamatan dilakukan Malaysia terhadap perairan di Sabah.

2 lagi nelayan diculik di Sabah

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.