Dasar Trump boleh jejas hubungan AS-Malaysia, kata pemerhati Singapura

Dasar Trump boleh jejas hubungan AS-Malaysia, kata pemerhati Singapura

Masa depan perdagangan Malaysia dan AS akan menerima kesan jika retorik kempen anti-Muslim Trump menjadi kenyataan, kata felo dari Iseas.

Mustafa-Izzuddin
PETALING JAYA:
Jika Donald Trump berpegang kepada kenyataan dikeluarkan semasa kempen pemilihan presiden Amerika Syarikat (AS) yang lepas berhubung prinsip perdagangan dan hubungan luarnya, Malaysia perlu lebih berhati-hati, kata pemerhati Singapura.

Ia juga turut bergantung kepada komposisi anggota Kabinet Trump, menurut Mustafa Izzuddin, felo Institut Yusof Ishak di bawah Institut Pengajian Asia Tenggara (Iseas).

Menulis di The Straits Times, Singapura, beliau berkata: “Jika langkah Trump melantik individu anti-Islam seperti Mike Flynn, yang menggelar Islam sebagai kanser dan kini nampaknya sudah bersedia untuk menjadi penasihat keselamatan negara – maka ia selanjutnya boleh menyemarakkan api ketegangan antara negara-negara Islam dengan AS.

“Dengan menjalarnya Islamisasi dalam politik domestik Malaysia, pelantikan orang-orang Trump akan memaksa kerajaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya berhati-hati apabila berurusan dengan AS,” kata Mustafa.

Perdana menteri perlu mengimbangi kepentingan ekonomi Malaysia daripada kesan politik AS yang bergerak ke arah retorik Trump semasa kempen pilihan raya, termasuk mengadakan pendaftaran bagi orang Islam dan menghalang mereka
memasuki AS.

Faktor ke-2, menurut Mustafa adalah langkah perlindungan pentadbiran Trump.

“Sekiranya dasar perlindungan Trump digubal, ia boleh memberi kesan buruk eksport Malaysia,” katanya.

Lebih-lebih lagi apabila AS merupakan pasaran eksport utama bagi Malaysia, bernilai kira-kira RM73.7 bilion tahun lepas. AS adalah rakan dagang ke-3 terbesar Malaysia.

Mustafa, yang juga editor bersekutu mengenai isu-isu kontemporari Asia Tenggara di Iseas, berkata kesan ke atas faktor ke-2 bagaimanapun boleh diimbangi beberapa peristiwa baru-baru ini.

“Jika dasar Trump menjejaskan perdagangan, Malaysia mungkin terpaksa mengatasi kekurangan dengan memperkukuhkan hubungan perdagangan dengan rakan lain. Dalam hal ini, lawatan Najib ke China bagi mengukuhkan hubungan ekonomi China-Malaysia,” katanya.

Membuat kesimpulan prospek perdagangan antara kedua-dua negara, Mustafa berkata harapan terbaik Malaysia terletak pada retorik anti-Muslim Trump dan perlindungan perdagangan yang tidak diterjemahkan ke dalam dasar rasmi.

“Keputusan baik bagi keadaan semasa adalah hubungan dengan AS yang neutral selepas peralihan pentadbiran baru.”

PAUTAN:

Duta China: Lawatan Najib demi manfaat rakyat, bukan jual negara

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.