
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengucapkan tahniah kepada Ketua Biskop Emeritus Kuala Lumpur Anthony Soter Fernandez di atas pelantikannya sebagai kardinal oleh Pope Francis.
“Tahniah kepada Ketua Biskop Anthony Soter Fernandez kerana dilantik sebagai kardinal oleh Pope.
“Pelantikan Ketua Biskop Fernandez adalah penghormatan besar buat Malaysia dan pengiktirafan terhadap masyarakat pelbagai budaya kita,” kata Najib dalam
catatan terbaru Twitter beliau semalam.
Fernandez, 84, adalah kardinal pertama Malaysia yang dinamakan oleh Pope di Vatican City pada 9 Okt lepas.
Beliau antara 17 kardinal baru yang dinaikkan pangkat kepada kedudukan kedua tertinggi dalam hirarki Roman Katolik.