Laporan terhad bajet Pulau Pinang, Guan Eng tegur akhbar Cina

Laporan terhad bajet Pulau Pinang, Guan Eng tegur akhbar Cina

Ketua menteri Pulau Pinang melahirkan kekecewaan dengan liputan akhbar Cina yang disifatkan berat sebelah.

guan-eng-sin-chew-1
GEORGE TOWN:
Kecewa dengan liputan terhad berhubung pembentangan bajet negeri bagi 2017, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengkritik beberapa media kerana tidak berlaku adil dalam membuat liputan berita terhadap pentadbirannya.

Beliau berkata beberapa akhbar harian memilih melaporkan dengan terhad atau tiada langsung liputan berhubung pengumuman bajet Pulau Pinang.

Beliau menambah, bajet badan perundangan negeri lain diberi lebih tumpuan.
Mengkhususkannya kepada Sin Chew Daily, Lim berkata beliau kesal dengan liputan terhad yang diberikan mengenai bajet, walaupun Pulau Pinang
mengumumkan RM220 juta peruntukan tebatan banjir, yang tertinggi dalam sejarah negeri ini.

“Biasanya, apabila perdana menteri mengumumkan belanjawan, akhbar dengan bersungguh-sungguh melaporkannya kerana ia adalah penting.

“Tetapi saya lihat di Sin Chew, mereka tidak mengambil berat tentang bajet kita, tetapi (mereka seolah-olah mengambil berat tentang) perkara lain. Mungkin mereka berasa tidak ada keperluan untuk melaporkan urusan kerajaan negeri?

“Ya, saya tahu ia hak Sin Chew Jit Poh untuk memilih memberi lebih liputan kepada pembangkang. Tetapi melepaskan kenyataan ketua menteri tidak boleh diterima,” kata Lim dalam satu sidang akhbar di Komtar hari ini.

Pemeriksaan ke atas akhbar harian Sin Chew hari ini menunjukkan ia memaparkan hanya setengah halaman laporan mengenai Dewan Undangan DUN semalam, namun memberikan butiran yang sangat terhad mengenai Bajet 2017.

Sementara itu, Lim berkata beliau juga kecewa dengan kekurangan Sin Chew melaporkan mengenai penjualan sahamnya di Pulau Jerejak dari perspektif kerajaan Pulau Pinang.

Lim berkata beliau menulis surat kepada ketua editor akhbar Cina berkenaan bagi bertanya mengapa kenyataan mengenai isu Pulau Jerejak tidak diterbitkan, malangnya tiada respons diterima.

“Jika ia The Star atau New Straits Times, atau media Barisan Nasional yang lain, ia boleh difahami. Tetapi kelihatannya Sin Chew juga menuju arah yang sama. Ia mengecewakan

“Tetapi saya serahkan kepada penduduk umum untuk menilai sama ada pendirian Sin Chew terhadap kerajaan negeri benar-benar berat sebelah,” katanya.

Sementara itu, Biro Penang Sin Chew ketika dihubungi enggan mengulas mengenai perkara itu.

Kakitangan awam Pulau Pinang dapat bonus setengah bulan gaji

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.