52 terbunuh dalam serangan IS di makam sufi

52 terbunuh dalam serangan IS di makam sufi

Pengganas mengaku bertanggungjawab ke atas letupan yang mengenai pengunjung makam Shah Noorani di selatan Quetta, Pakistan.

sufi
PETALING JAYA:
Sekurang-kurangnya 52 orang terbunuh dan 100 lagi cedera dalam satu serangan bom di sebuah makam Sufi di Pakistan semalam.

IS mengaku bertanggungjawab ke atas letupan yang mengenai pengunjung makam Shah Noorani di selatan bandar Quetta, Balochistan ketika mereka sedang melakukan tarian pemujaan pada waktu senja.

Menteri Dalam Negeri Sarfraz Bugti memberitahu AFP antara yang menjadi mangsa serangan itu adalah wanita dan kanak-kanak.

Bantuan 65 ambulan serta petugas perubatan dikejarkan ke tempat kejadian dari Karachi, yang mengambil masa 3 jam untuk tiba di makam yang terletak di kawasan pergunungan dengan kemudahan perubatan yang terhad.

Makam itu dihormati oleh pengikut Sunnah Wal Jamaah dan minoriti Syiah, tetapi militan Taliban dan IS menganggap amalan pemujaan makam bertentangan dengan Islam.

Pihak berkuasa menganggarkan 600 orang berada di makam ketika kejadian.

Balochistan yang terletak diantara Iran dan Afghanistan mempunyai sumber minyak dan gas tetapi dilanda kegiatan militan Islam dan permusuhan antara pengikut Sunni dan Syiah.

Pada Ogos, serangan berani mati IS di sebuah hospital di Quetta membunuh 73 orang.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.