Polis tidak terima maklumat Malaysia jadi hab atur perlawanan

Polis tidak terima maklumat Malaysia jadi hab atur perlawanan

Khalid berkata, pihaknya tidak menerima maklumat mengenai dakwaan itu sama ada daripada FIFA, AFC atau mana-mana sumber lain.

khalid
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak menerima maklumat Malaysia menjadi hab mengatur perlawanan di Asia Tenggara, kata Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Ketua polis negara itu berkata, pihaknya tidak menerima maklumat mengenai dakwaan itu sama ada daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) atau mana-mana sumber lain.

Beliau berkata, PDRM adalah anggota Jawatankuasa Integriti, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang ditubuhkan untuk menangani gejala rasuah dan mengatur perlawanan.

“Kami sudah mengambil langkah-langkah aktif untuk mengekalkan integriti dalam sukan ini dan kami akan terus berbuat demikian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Khalid mengulas kenyataan Penasihat Bebas mengenai Integriti Sukan, Chris Eaton pada forum mengatur perlawanan anjuran Global Lottery Monitoring System di Singapura, semalam.

Eaton dipetik media antarabangsa sebagai berkata: “Malaysia sudah mengatasi Singapura sebagai hab mengatur perlawanan sukan di Asia Tenggara.”

Khalid berkata, polis mengalu-alukan sebarang maklumat yang mendakwa industri sukan di Malaysia sudah tercemar.

“Bagaimanapun, maklumat tersebut mestilah boleh dipercayai dan disokong bukti nyata,” katanya.

Malaysia pusat judi bola sepak di Asia Tenggara

‘Bookie’ isu global, bukan hanya di Malaysia, kata FAM

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.