
Timbalan Pengarah program unit penghantaran Smart Selangor, Dr Fahmi Ngah juga berkata pungutan sampah juga meningkat dan mencecah 700 tan sehari di satu kawasan.
Menurutnya, sejak dilancarkan pada Julai, sebanyak 40-50 aduan diterima sehari melalui aplikasi iClean, tetapi ia mula berkurangan selepas aplikasi itu dilancarkan secara rasmi pada September.
Katanya, ini kerana kontraktor yang dilantik menyelesaikannya dalam masa 24 jam.
Aplikasi iClean yang dilancarkan Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) milik kerajaan negeri memudahkan kontraktor memungut sampah sebaik sahaja menerima aduan khasnya di kawasan terpencil dalam usaha meningkatkan kebersihan di Selangor.
Aplikasi itu yang hanya dapat dimuat turut di kawasan Klang akan dilanjutkan ke kawasan lain secara berperingkat pada tahun depan.
“Aplikasi iClean dibawah KDEB setakat ini memuaskan, aduan diterima semakin berkurangan,” kata Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang (MPK) Datuk Mohamad Yasid Bidin kepada FMT.
Yasid mengingatkan orang ramai tidak keliru dengan pelantikan syarikat kontraktor memungut sampah.
Katanya, KDEB hanya menjalankan aktiviti pungutan sampah melibatkan kawasan perumahan sahaja dan kerja membersihkan sampah di kawasan awam masih di bawah tanggungjawab MPK.
Sementara itu, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan yang menyelaras adun Barisan Nasional (BN) Selangor menyifatkan isu sampah di Selangor tidak ada kesudahan dan menyalahkan kerajaan negeri gagal menyelesaikannya.
“Saya dalam dewan diwar-warkan (iClean) sebagai satu pendekatan baik untuk mereka, namun setakat hari ini kita belum nampak kejayaan yang betul-betul sempurna. Kerajaan negeri masih terkial-kial membersihkan Sungai Klang, apa saya nampak belum ada kejayaan tadbir urus air ataupun sungai dan sampah,” katanya kepada FMT.
Pautan: