DAP tegur status Facebook ahli mengenai Sultan Johor

DAP tegur status Facebook ahli mengenai Sultan Johor

M Satees meminta maaf kepada semua pihak yang tersinggung dan menegaskan status Facebook beliau hanyalah pendapat peribadinya.

P-Ramasamy
GEORGE TOWN: DAP hari ini menggesa ahlinya memohon maaf kepada Sultan Ibrahim Sultan Iskandar selepas mempersoalkan kenyataan pemerintah Johor yang mengharamkan perhimpunan jalanan di negeri itu.

Timbalan Setiausaha Agung DAP, Prof Dr P Ramasamy berkata parti mengarahkan M Satees memohon maaf kepada sultan serta-merta berhubung status Facebook beliau yang mengatakan, Sultan tidak boleh “menjejaskan” Perlembagaan Persekutuan dengan mengeluarkan perintah melarang perhimpunan.

“Kami memberinya teguran keras. Parti mengarahkan beliau memohon maaf dan beliau mengeluarkan kenyataan itu daripada laman Facebooknya,” kata Ramasamy dalam satu kenyataan hari ini.

Posting Facebook Satees semalam menjadi viral dan kemarahan netizens terhadap bahasa yang digunakan.

Beliau bagaimanapun memohon maaf kepada Sultan dan berkata ia adalah “pandangan peribadi” beliau.

“Saya rakyat Malaysia dan seorang pengikut Rukun Negara dan saya menghormati monarki,” katanya.

“[…] Apabila saya mendapati beberapa pihak tidak berpuas hati dengan status saya, saya segera memadamkannya kerana tidak mahu disalahertikan.

“Saya tidak mempunyai masalah untuk meminta maaf kepada pihak-pihak yang terluka dengan mesej saya.”

Sultan Ibrahim pada Sabtu berkata, Johor tidak membenarkan protes jalanan kerana ia hanya akan mengganggu ketenteraman awam dan mewujudkan perpecahan di kalangan rakyat.

“Ia adalah tindakan tidak bertanggungjawab bagi mereka untuk berkumpul di tempat awam dan menghina pemimpin dan individu tertentu.

“Saya ingin menegaskan yang beta tidak akan membenarkan sebarang jenis demonstrasi diadakan di Johor,” kata baginda sebagaimana dilaporkan media.

Sultan Johor larang demonstrasi jalanan

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.