
Polis menghubungi Shafie pada Rabu dalam siasatan mereka ke atas 3 bekas menteri berkenaan ucapan mereka tentang 1MDB, semasa mengambil bahagian dalam perbahasan Bajet 2017.
Star Online melaporkan Shafie akan menghadirkan diri ke Bukit Aman pada 10.00 pagi hari itu, menurut sumber yang rapat dengannya.
Selain Shafie, turut disiasat adalah bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas menteri kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.
Ketua Polis Negara berkata siasatan dibuat di bawah Akta Rahsia Rasmi dan Akta Hasutan.
Muhyiddin, yang merupakan bekas timbalan presiden Umno, manakala Shafie, bekas naib presiden Umno disingkir daripada Umno awal tahun ini dan masing-masing mengepalai parti tersendiri dalam pakatan pembangkang.
Muhyiddin adalah presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia manakala Shafie adalah presiden Parti Warisan Sabah.