
Setiausaha Agung MCA, Ong Ka Chuan berkata perubahan itu dianggap langkah yang terlalu besar bagi perwakilan parti untuk membuat keputusan pada mesyuarat tahunan.
Perasaan mereka yang menyertai parti itu pada 1949 tidak boleh diabaikan, katanya yang dipetik berkata hari ini. “Kita perlu menghormati hak mereka untuk mengundi jika mereka mahu perubahan dasar ini.”
Awal tahun ini, sayap Pemuda MCA berkata ia diminta pemimpin parti Datuk Seri Liow Tiong Lai untuk meluaskan sokongan parti dan menerima bukan Cina sebagai ahli bersekutu.
Pada bulan lepas, Pengerusi Pemuda MCA, Chong Sin Woon berkata usul draf sedang disediakan untuk diluluskan jawatankuasa pusat.
Cadangan ini mengakui ahli dan organisasi bersekutu dalam tempoh peralihan sebelum kemasukan penuh bagi ahli bukan Cina.
Usul itu akan dikemukakan pada mesyuarat tahunan minggu depan.
Bagaimanapun Ong memberitahu Sin Chew Daily dalam satu temu bual yang disiarkan hari ini yang satu referendum parti perlu diadakan mengenai cadangan itu.
“MCA ditubuhkan pada 1949, di mana perlembagaan parti adalah berdasarkan persekitaran sejarah ketika itu. Adakah ia sesuai untuk kita generasi hari ini untuk menukarnya sekarang? Saya rasa keputusan ini adalah terlalu besar. Ia tidak boleh dilakukan tanpa berhati-hati, ia perlu dikaji dengan teliti,” beliau dipetik sebagai berkata.
Ong berkata jawatankuasa pusat tidak melihat terhadap sebarang kemungkinan penubuhan kelab penyokong MCA sebagai organisasi bersekutu dan berkompromi untuk meningkatkan pengaruh parti.
MCA merupakan rakan kongsi pengasas Perikatan yang berunding kemerdekaan Tanah Melayu, dengan keahlian hanya terbuka kepada kaum Cina.
Pada 1993, parti itu dibuka kepada semua rakyat Malaysia, termasuk yang tidak mempunyai nama Cina, yang mempunyai ibu atau datuk nenek berbangsa Cina.
Keanggotaan 2 rakan parti lain, Umno dan MIC, adalah terhad kepada Melayu dan India. Kebanyakan parti politik lain dalam Barisan Nasional dan pembangkang, walaupun pada dasarnya pelbagai kaum, menarik sokongan daripada satu kumpulan etnik utama sahaja.