Jamil: Restoran tanpa sijil halal tidak bermakna makanan haram

Jamil: Restoran tanpa sijil halal tidak bermakna makanan haram

Jamil Khir berkata, sijil halal dimohon secara sukarela oleh pengusaha premis makanan.

jamil-khir-halal
KUALA LUMPUR:
Menteri di jabatan perdana menteri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal Islam berkata, premis makanan yang tidak mempunyai sijil halal tidak bermakna ia adalah haram.

Ini kerana, kata Datuk Seri Jamil Khir Baharom, pensijilan halal bagi premis makanan dibuat secara sukarela oleh pengusaha.

Beliau berkata, sijil halal hanya untuk membantu mereka yang tidak biasa dengan makanan asing menghapuskan keraguan mereka.

“Satu-satunya perkara ialah jika sebuah restoran tiada sijil halal, ia menimbulkan keraguan.

“Ada di kalangan masyarakat kampung, khasnya golongan tua. Apabila anda cakap root beer, orang kampung tanya ni bir ke rut?” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2017 peringkat Jabatan Perdana Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Jamil Khir berkata, bukan kementeriannya yang mengisytiharkan sesebuah premis makanan itu tidak halal.

Terdahulu, Ngeh Khoo Ham (DAP-Beruas) berkata, jika ada persepsi premis makanan tanpa sijil halal adalah haram, umat Islam tidak patut mengunjunginya.

Bulan lalu, rangkaian francais Auntie Anne dilaporkan tidak mendapat sijil halal kerana satu daripada produknya dinamakan sempena nama anjing, “pretzel dog”.

‘Pretzel dog’ bukan punca Auntie Anne tak dapat sijil halal, kata menteri

Syarat halal Jakim, tiada lagi ‘Coney Dog’ dan ‘Root Beer’ di Malaysia

Nama ‘anjing’ antara penghalang Auntie Anne dapat sijil halal

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.