
Dua NGO itu ialah Jaringan Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia (Jaringan) Kelantan dan Sahabat Alam Malaysia (SAM).
Setiausaha Jaringan Kelantan, Mustafa a/l Along berkata, pihaknya mengadakan perbincangan selama 90 minit dengan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
“Namun, setakat ini, kami tidak menerima apa-apa jaminan, tapi timbalan menteri besar menyatakan beliau akan turun ke Gua Musang,” katanya di perkarangan Kompleks Kota Darul Naim bersama Pegawai Lapangan SAM, Meor Razak Meor Abdul Rahman.
Mustafa berkata, Mohd Amar perlu turun padang melihat sendiri kemusnahan alam sekitar yang menyebabkan Orang Asli membuat sekatan sebagai usaha terakhir menghalang kegiatan pembalakan itu.
Jaringan Kelantan mengemukakan memorandum 7 perkara, antaranya mendesak kerajaan negeri mengiktiraf wilayah adat Orang Asli Kelantan, membatalkan segala rizab tanah dan hutan bertindih serta mengadakan rundingan dengan Orang Asli berhubung pewartaan tanah rizab.
SAM pula mengemukakan memorandum 6 perkara merangkumi pemberhentian pengubahan Hutan Simpan Kekal (HSK) kepada ladang monokultur (ladang hutan), mematuhi dan mengguna pakai pelan Rancangan Fizikal Negara (RFN) tentang Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) dan Central Forest Spine (CSF) serta tidak membenarkan pembalakan di kawasan hutan berketinggian 1,000 meter dari aras laut.
Pada 3 Oktober lalu, kerajaan negeri Kelantan mengeluarkan arahan menangguhkan aktiviti pembalakan di HSK Balah, Gua Musang selepas lebih 200 penduduk Orang Asli membuat sekatan menghalang laluan keluar masuk lori pengangkut balak di Kampung Petei, Pos Bering, di Gua Musang sejak 26 September lepas.
Persatuan bidas tanah adat Orang Asli jadi ‘supermarket’ penduduk bandar
Isu pembalakan boleh selesai tanpa dalang hasut Orang Asli, kata Amar
5 agensi bincang bantahan Orang Asli Gua Musang terhadap pembalakan