Hampir 300,000 kanak-kanak tak bernegara di Malaysia

Hampir 300,000 kanak-kanak tak bernegara di Malaysia

Sebahagian besar ibu bapa kanak-kanak tak bernegara itu berasal dari Indonesia, Filipina dan Myanmar.

zahid-ic
KUALA LUMPUR: Kira-kira 290,437 kanak-kanak tak bernegara dan berumur 18 tahun ke bawah menetap di Malaysia ketika ini, menurut Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Zahid (BN-Bagan Datoh) menjawab pertanyaan N Surendran (PKR-Padang Serai) yang meminta huraian kanak-kanak tanpa kerakyatan yang lahir di Malaysia dan berumur antara 1 tahun hingga 18 tahun, termasuk pecahan kaum mereka.

“Sejumlah 290,437 kanak-kanak yang berumur antara 1 tahun hingga 18 tahun yang lahir di Malaysia tetapi tidak diberi kerakyatan,” kata Zahid.

Bagaimanapun, beliau berkata ras kanak-kanak tak bernegara tidak disertakan kerana mereka dikategorikan mengikut negara asal ibu bapa.

Beliau berkata demikian kepada soalan tambahan daripada Surendran berhubung pecahan kaum kanak-kanak tak bernegara itu.

“Sebahagian besar ibu bapa kanak-kanak tak bernegara itu berasal dari Indonesia, Filipina dan Myanmar,” katanya.

Minggu lepas dilaporkan kes membabitkan orang tak bernegara di Sarawak akan ditangani oleh satu pasukan bertindak.

Pengerusi Sarawak 4 Sarawakian (S4S) berkata demikian dalam satu kenyataan bersama Persatuan Dayak Iban Sarawak (Sadia).

Beliau berharap melalui pasukan bertindak itu kes dapat diselesaikan dalam masa sebulan berbanding 2 tahun untuk permohonan diproses melalui Putrajaya.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.