Wakil rakyat DAP mungkin digantung 6 bulan kerana ‘hina’ speaker

Wakil rakyat DAP mungkin digantung 6 bulan kerana ‘hina’ speaker

Azalina akan membentangkan usul itu hari ini bagi menghukum Lim Lip Eng kerana mengkritik speaker Dewan Rakyat.

azalina-othman_dap_6001
KUALA LUMPUR:
Wakil rakyat DAP mungkin dihalang memasuki Parlimen selama 6 bulan kerana usul menggantung kehadirannya akibat menghina speaker Dewan Rakyat sudah berada dalam senarai agenda hari ini.

Usul yang dijangka dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said itu disenaraikan usul ke-2 yang bakal dibentangkan hari ini.

Menurut Kertas Perintah ahli Parlimen Pengerang itu, Lim pada sesi Kamar Khas Selasa lalu dengan “angkuh mempersoalkan kuasa speaker Dewan Rakyat yang boleh dikenakan ke atasnya kerana mengingkari arahan speaker.”

Usul itu turut menyatakan ahli Parlimen Segambut itu “menghina speaker Dewan Rakyat dan Dewan Rakyat yang memilih beliau sebagai speaker Dewan Rakyat berdasarkan Artikel 57(1) Perlembagaan Persekutuan.

Lim dilaporkan mengelar Tan Sri Pandikar Amin Mulia memalukan Parlimen dan selepas perang mulut antara mereka berdua, pemimpin DAP itu berkata, speaker Dewan Rakyat tidak seperti ahli Parlimen yang dilantik rakyat, kerana beliau dilantik MO1 (Malaysian Official One).

Akibatnya, pemimpin DAP itu menjadi ahli Parlimen pertama yang dihalau dari Kamar Khas Parlimen pada sidang kali ini.

Usul itu turut merujuk kepada kenyataan Lim bertarikh 23 Oktober lalu, di mana beliau didakwa mempersoal dan memperkecilkan keputusan speaker melarang semua soalan berkaitan saman Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) terhadap 1MDB, kerana ia adalah sub judice.

Turut dinyatakan dalam usul Azalina itu ialah Lim pada sidang media 7 April lalu mendesak speaker meletak jawatan kerana gagal melaksanakan pembaharuan Parlimen.

“Jadi, adalah dipersetujui YB Lim Lip Eng, ahli Parlimen Segambut, patut digantung 6 bulan dari tarikh kelulusan usul ini,” menurut Kertas Perintah itu.

Lim ketika dihubungi berkata, beliau akan menentang usul itu dan mempertahankan dirinya dalam Parlimen.

Usul sama turut dikemukakan terhadap Ahli Parlimen DAP Gelang Patah, Lim Kit Siang pada tahun lalu dan diluluskan dengan majoriti 30 undi dalam undi blok.

Speaker halau ahli Parlimen DAP dari Kamar Khas

Saya tak datang dari kampung, lantik diri sendiri, kata speaker

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.