
Dalam satu kenyataan malam tadi, Syabas berkata pemulihan bekalan air secara berjadual sudah dimulakan di Zon 2, bermula jam 4 petang hari ini, dan akan berterusan selama 2 hari sehingga bekalan air ditutup semula pada Jumaat jam 9 pagi.
Zon 2 meliputi kawasan Hulu Langat dan Kuala Langat, khususnya:
1. Pangsapuri Baiduri Bandar Tasik Kesuma
2. Bandar Teknology Kajang
3. Taman Harmoni Kajang
4. Bandar Sunway Semenyih
5. Taman Semenyih Impian
6. Tiara Residence
7. Taman Tasik Semenyih
8. Taman Pelangi Semenyih
9. Taman Bangi Jaya
10. Taman Desa Kenanga
11. Taman Bukit Semenyih
12. Taman Desa Jaya
13. Semenyih Indah
14. Sekolah Engku Husen
15. Taman Bukit Semenyih
16. Pulau Carey
17. Jalan Tanah Bakar, Banting
18. USJ 1 hingga USJ 15
19. USJ 16 hingga USJ 27
20. Tmn Puchong Prima
21. Kampung Batu 14 Puchong
22. Bukit Serdang 5 dan 6
23. Pusat Perdagangan Sri Kembangan
24. Hospital Serdang
25. Serdang Perdana
26. Fasa 5, Bandar Sunway Semenyih
Manakala kawasan dalam Zon 1 termasuk:
1. Bandar Puteri Puchong
2. Bukit Serdang 7 dan 8
3. Bukit Serdang 9/1 hingga 9/4
4. Sri Kembangan 1 hingga 13
5. Flat Megaria
6. Pangsapuri Bayu
7. Taman Serdang Utama
Menurut Syabas, lori air masih digerakkan, dan tumpuan diberi kepada kawasan kritikal seperti hospital.
Pengguna digalakkan supaya memuat turun aplikasi mobil mySyabas melalui Google Play Store atau App Store, atau berkunjung ke www.syabas.com.my dan laman Facebook Puspel Syabas bagi mendapatkan maklumat penjadualan terkini.