Unicef gesa Malaysia siasat dakwaan kanak-kanak cacat dikurung

Unicef gesa Malaysia siasat dakwaan kanak-kanak cacat dikurung

Unicef seru pihak berkuasa dan agensi perlindungan supaya menyiasat dakwaan penderaan membabitkan Rumah Kebajikan Kanak-Kanak Cacat Batu Gajah dengan segera.

unicef
PETALING JAYA:
Tabung Kanak-Kanak Antarabangsa Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef) Malaysia menggesa pihak berkuasa supaya menyiasat dakwaan kanak-kanak cacat dikurung sebuah rumah kebajikan di Batu Gajah, Perak.

Dalam satu kenyataan malam tadi, Unicef berkata semua dakwaan penderaan kanak-kanak perlu diambil serius dan perlu disiasat dengan teliti.

Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu berkata pihaknya “sangat bimbang” selepas media menonjolkan layanan yang diterima kanak-kanak cacat Rumah Kebajikan Kanak-Kanak Cacat Batu Gajah.

“Semua kanak-kanak berhak dilayan secara bermaruah dan terhormat, serta diberi perlindungan dan penjagaan yang mereka berhak terima.

“Kami menyeru pihak berkuasa dan agensi perlindungan supaya menyiasat isu ini dengan segera,” kata Unicef Malaysia.

Sebelum ini, FMT melaporkan kejadian kira-kira 10 warga rumah kebajikan terbabit dikurung dalam kandang, selepas didakwa membahayakan keselamatan penghuni lain.

Pengerusinya Sivalingam Ramasamy berkata pihaknya tidak mempunyai dana untuk membina bilik untuk menempatkan kesemua 47 penghuninya.

Sivalingam berkata pihaknya juga tidak mampu menggaji lebih ramai pekerja untuk memantau warga rumah kebajikannya.

PAUTAN:

Warga cacat dikurung dalam kandang kerana tiada dana

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.