Loji Sg Semenyih tercemar sekali lagi, ditutup 7.30 pagi tadi

Loji Sg Semenyih tercemar sekali lagi, ditutup 7.30 pagi tadi

Loji Rawatan Air Sungai Semenyih ditutup akibat pencemaran bau yang disyaki berpunca dari kawasan perindustrian Nilai.

loji-semenyih-syabas
KUALA LUMPUR:
Beberapa kawasan di daerah Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang sedang mengalami gangguan bekalan air sementara susulan penutupan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih.

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dalam kenyataan hari ini, berkata LRA itu ditutup pada 7.30 pagi ini akibat pencemaran bau air sungai disyaki berpunca dari kawasan perindustrian Nilai, Negeri Sembilan.

Kawasan yang mengalami gangguan di daerah Hulu Langat ialah Bangi, Bandar Bukit Mahkota, Kajang, Semenyih dan Rinching.

Bagi daerah Kuala Langat, ia merangkumi Morib, Banting, Bandar Saujana Putra, Bandar Rimbayu dan Telok Panglima Garang.

Sementara untuk daerah Petaling, kawasan terjejas ialah USJ 1-27, Puchong, Seri Kembangan dan Serdang.

Kawasan di daerah Sepang pula melibatkan Putrajaya, Cyberjaya, Bandar Nusa Putra, Putra Heights, Pulau Meranti, Kota Warisan, Bandar Bukit Puchong dan Sungai Merab.

Syabas berkata penghantaran bekalan air bantuan sedang diuruskan dengan lori tangki ke kawasan terlibat dan premis kritikal seperti hospital serta pusat dialisis.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.