Selepas ejek Islam, atlet Britain lawat masjid

Selepas ejek Islam, atlet Britain lawat masjid

Atlet gimnastik Louis Smith memilih melawat masjid hingga terlepas menyertai perarakan meraikan kemenangan pasukan Britain, selepas videonya mempersendakan Islam tersebar di Internet.

Louis-Smith
LONDON:
Atlet gimnastik Louis Smith terlepas menyertai perarakan meraikan kejayaan pemenang pingat Olimpik Rio di Dataran Trafalgar dan majlis keraian di Istana Buckingham kerana melawat masjid, selepas beliau terbabit dalam satu insiden mengejek Islam.

Sebelum ini, rakaman video menunjukkan Louis, 27, dan rakan gimnastiknya Luke Carson sedang ketawa sambil secara olok-olok bersembahyang dan melaungkan “Allahu Akbar” tersiar di Internet.

Louis memenangi pingat perak dalam sukan Olimpik tahun ini di Rio sementara rakan sepasukannya, Max Whitlock menang emas.

Louis yang pernah 4 kali memenangi pingat itu, dalam satu mesej yang dimuat naik ke Facebook pada Selasa berkata:”Saya terima tawaran untuk mengetahui lebih lagi mengenai komuniti Muslim dan Islam. Sejujurnya boleh saya katakan ia sebenarnya hari yang sangat baik.

“Saya sedikit gemuruh dan gementar sebelum membuat lawatan kerana kejadian minggu lalu. Tetapi masyarakat berkenaan sangat memahami dan mengalu-alukan saya.”

Louis yang berdepan tindakan disiplin oleh gimnastik Britain berkata:”Kami membincangkan tindakan saya dan mereka menunjukkan kepada saya apa yang mereka belajar dan makna sebenar di sebalik agama mereka. Pelbagai kerja amal yang mereka buat sebenarnya agak gila dan anda tidak akan percaya wang yang berjaya dikumpulkan setiap tahun.”

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.