
Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Sukarti Wakiman berkata notis penggantungan terhadap kedua pegawai kanan itu dikeluarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah.
“Penggantungan pengarah dan timbalan pengarah berkuat kuasa pada tarikh tangkapan, masing-masing pada 5 dan 4 Okt,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Menurut notis penggantungan, katanya, kedua suspek itu dilarang memasuki pejabat di mana mereka bertugas sebelum ini atau mana-mana pejabat jabatan itu di Sabah.
“Suspek juga dilarang meninggalkan negeri itu sepanjang tempoh siasatan,’ katanya.
Semalam, pengarah tersebut dibebaskan dengan jaminan RM500,000 tanpa deposit dengan dua penjamin manakala timbalannya dibebaskan hari ini dengan syarat jaminan yang sama.