Trump tuduh Hillary guna dadah peningkat prestasi

Trump tuduh Hillary guna dadah peningkat prestasi

"Dalam perdebatan yang lepas, beliau pada mulanya sangat beria-ria. Tetapi pada penghujungnya, beliau tak larat berjalan ke kereta pun."

clinton-trump1
NEW YORK:
Calon presiden Amerika Syarikat Donald Trump mencabar pesaingnya, Hillary Clinton, mengambil ujian dadah sebelum mereka kembali berdebat.

Dalam babak terbaharu persaingan jawatan presiden yang sengit, Trump mengesyaki calon Parti Demokrat itu mengambil dadah peningkat prestasi.

Kempen calon Republican itu mengapikan teori konspirasi sekitar kesihatan Hillary, dengan mengambil kesempatan daripada serangan pneumonia bulan lepas dan mencadangkan pesaingnya itu menyembunyikan masalah kesihatan yang serius, maka tidak layak untuk bertanding.

Dalam serangan terbaharu ini, yang dilemparkan tanpa bukti, Trump mengesyaki pesaingnya mengambil dadah dalam sesi debat sebelum ini, dan menyeru Hillary supaya mengambil ujian dadah sebelum debat penamat pada Rabu depan di Las Vegas.

“Dalam perdebatan yang lepas, beliau pada mulanya sangat beria-ria. Tetapi pada penghujungnya, beliau tak larat berjalan ke kereta pun.”

“Para atlet dipaksa mengambil ujian dadah. Saya rasa kita juga patut ambil ujian dadah sebelum debat. Mengapa tidak?” kata Trump.

Serangan terbaharu terhadap pesaing parti Demokratik itu sebahagian daripada strategi bumi hangus Trump menuju ke minggu terakhir persaingan yang melanggar semua tatasusila politik.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.