
Akhbar Singapura, The Straits Times melaporkan, kejadian itu berlaku di sebuah syarikat menjual peralatan menghasilkan arak setiap pagi, sebelum pekerja memulakan tugas.
Video selama 39 saat yang tidak diketahui bila dirakamkan itu menjadi viral baru-baru ini dan dilaporkan secara meluas oleh media China dan antarabangsa.
Satu daripada laporan itu memetik majikan terbabit sebagai mendakwa ritual intim itu “merapatkan hubungan mereka seperti ikan dan air”.
Katanya, beliau mendapat idea itu selepas melihat amalan sama dilakukan di sebuah syarikat di Amerika.
Beliau turut mendakwa amalan itu berjaya meningkatkan kesepaduan dalam syarikat itu dan pekerja wanita rindukannya ketika beliau ke luar negara serta akan menghantar mesej kepadanya melalui aplikasi WeChat.
Pengguna Internet China yang tergamam dengan amalan itu mengkritik majikan terbabit di laman sosial Weibo, selain mempersoalkan kenapa kumpulan pekerja wanita terbabit boleh menerima tindakan keterlaluan lelaki itu.
Ada pula yang melabelkan majikan itu penyumbaleweng dan tindakannya satu bentuk gangguan seksual.
Menurut laporan Sohu, pekerja-pekerja itu sangat malu pada mulanya, tetapi lama-kelamaan mereka biasa dengannya.
Dua pekerja yang tidak dapat menerima amalan itu, bertindak meletak jawatan.