
Dalam posting di Facebooknya jam 8 malam tadi, Siti berkata beliau dihalang dalam satu sekatan di kawasan itu hari ini.
“Mereka halang semua orang kecuali Orang Asli,” katanya.
Siti berkata ini bermakna tidak ada sesiapa boleh menghantar bantuan makanan ke kampung itu dan Orang Asli juga dihalang hak mereka untuk mendapatkan bantuan guaman.
Katanya, beliau akan membuat laporan polis kerana tidak dibenarkan masuk bertemu anak guamnya dan dihalang menghantar bekalan kepada Orang Asli.
Masyarakat Orang Asli di situ marah kerana aktiviti pembalakan dijalankan di hutan itu. Sekatan jalan yang mereka letakkan sebelum itu menghalang pembalak masuk, dipecahkan.
Pautan