Khairy bakal tempah nama di Sukan SEA

Khairy bakal tempah nama di Sukan SEA

Menteri belia dan sukan itu merupakan seorang daripada 4 pemain pasukan Jogo yang menewaskan pasukan Amax Polo dalam perlawanan hari ini.

khairy
PUTRAJAYA: Aksi Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin dalam Kejohanan Polo Terbuka Malaysia 2016 hari ini menarik perhatian para peminat sukan polo di Kelab Ekuestrian Putrajaya.

Khairy merupakan seorang daripada 4 pemain dalam pasukan Jogo yang menewaskan pasukan Amax Polo 8-4.

Ketika ditemui pemberita selepas tamat perlawanan, Khairy menyifatkan perlawanan berkenaan sebagai sengit namun berpuas hati dengan corak permainan memandangkan ia merupakan kali pertama keempat-empat pemain pasukan Jogo beraksi sebagai satu pasukan.

“Selepas Kejohanan Polo Terbuka Malaysia 2016, ada 3 atau 4 kejohanan lagi sebelum Sukan SEA 2017 berlangsung.

“Tujuh daripada 12 pemain yang beraksi dalam Kejohanan Polo Terbuka Malaysia ini merupakan pemain yang disenarai pendek untuk Sukan SEA 2017,” katanya.

Khairy merupakan seorang daripada pemain yang berada dalam senarai pendek skuad polo berpasukan negara bagi Sukan SEA 2017.

Kejohanan Polo Terbuka Malaysia 2016 berlangsung di Kelab Ekuestrian Putrajaya mulai 10 hingga 23 Okt depan. Tujuh kumpulan bertanding dalam kejohanan kali ini.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.