
Exco Selangor bertanggungjawab terhadap alam sekitar, Elizabeth Wong berkata wakil Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan pasukan pemantau sungai Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) hari ini mengenalpasti punca pencemaran baharu di Bentong, Pahang.
“Malangnya, pasukan itu tidak dapat memasuki premis berkenaan oleh kerana pegawai JAS Pahang tidak hadir semasa pemeriksaan pagi ini,” kata beliau dalam satu kenyataan.
Wong berkata pasukan Air Selangor telah menjalankan penyiasatan bagi mengenalpasti punca pencemaran sejak Jumaat (7 Okt) di Pahang, dan punca pencemaran dikenalpasti di poin kumbahan sebuah kilang yang disyaki dan di sungai berkenaan.
Beliau berkata bau busuk dikesan adalah sama dengan yang dikesan di Portal Outlet Sungai Serai dan Loji Sungai Langat pada malam hari Jumaat.
“Hari ini bau itu merebak pada paras setinggi 18 TON (Threshold Odour Number).
“Portal Outlet Sungai Serai ialah poin masuk ke Selangor menerusi saluran paip khas yang dipam dari poin intake Sungai Semantan,” jelas beliau.
Wong berkata jika pencemaran baharu berterusan, Projek Pemindahan Air Pahang-Selangor tidak dapat dilaksanakan akibat keadaan air dari Sungai Semantan.
Pengarah JAS Pahang Rosli Zul disebut sebagai berkata bahawa pemeriksaan di Sungai Semantan pada Sabtu menunjukkan air di situ bebas pencemaran.
Adun tawar RM10,000 untuk maklumat bau luar biasa cemar Sungai Semantan