Hashim Jasin mursyidul am PAS

Hashim Jasin mursyidul am PAS

Ia selepas menteri besar Kelantan menolak jawatan itu menggantikan Haron Din.

Hashim-Jasin
KUALA LUMPUR: PAS semalam memutuskan perlantikan Hashim Jasin sebagai Mursyidul Am baharu menggantikan Datuk Dr Haron Din yang meninggal dunia pada September 15.

Keputusan itu diumumkan Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh, setiausaha Majlis Syura Ulamak PAS yang bermesyuarat di ibu pejabat parti itu di sini semalam.

“Kita pilih dan lantik Tuan Guru Haji Hashim Jasin kerana dia yang paling tua dalam Majlis Syura. Selain itu, beliau mempunyai ilmu yang mantap, di samping pandangan politiknya yang jauh dan mantap,” kata Zawawi dipetik Harakahdaily.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dikekalkan sebagai timbalan mursyidul am.

Ahmad sebelum ini berkata beliau terlalu sibuk dengan tugas menteri besar dan terpaksa menolak jawatan tertinggi PAS itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.