
Ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu berkata beliau percaya undang-undang syariah yang dibentangkan itu berdasarkan konsep keadilan antara umat Islam dan bukan Islam.
“Saya rasa konsep syariah berdasarkan keadilan, walaupun rakyat tidak percaya hudud, ia bagus untuk dilaksanakan.
“Perkara penting bukan hudud, tetapi keadilan untuk Muslim dan bukan Muslim,” katanya ketika ditemui pemberita di Garden Residence, Cyberjaya, hari ini.
Pada 18 September lalu, Hadi mengesahkan akan membawa RUU persendirian itu untuk dibahaskan di Dewan Rakyat pada sidang akan datang.
RUU itu dibentangkan pada Mei lepas dalam satu langkah yang mengejutkan kerajaan kerana mengutamakan usul persendirian ke atas usul kerajaan, tetapi Hadi yang juga ahli Parlimen Marang, meminta perbahasan ditangguhkan.
Bekas menteri besar Selangor itu berkata belia tidak merasakan undang-undang persendirian yang dibawa Hadi akan menyekat kebebasan bukan Islam.
“jika ia tidak adil, maka kita harus bekerjasama supaya memastikan undang-undang ini adil,” katanya.
RUU dibawa Hadi digelar RUU hudud oleh sesetengah ahli politik kerana hukuman jenayah yang dicadangkan termasuk hukuman berkaitan hudud. RUU itu bertujuan mempertingkat bidang kuasa mahkamah syariah mengenakan hukuman jenayah, kecuali hukuman mati.
Mahkamah syariah bergerak mengikut undang-undang negeri. Bagaimanapun, statut persekutuan perlu dipinda bagi membolehkan bidang kuasa diperluaskan. RUU dibawa Hadi berhasrat untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965.
Pindaan perlembagaan memerlukan majoriti dua pertiga atau 148 undi. Terdapat 130 wakil rakyat beragama Islam di Dewan Rakyat.
Pautan: