
Eddie Ng juga berjanji akan memberi RM500 kepada individu pertama yang tampil dengan gambar atau rakaman video bagi membuktikan suspek mencemari sungai itu.
Menurut laporan Star Online, wang itu adalah peruntukan bagi kawasannya.
“Saya sangat tidak puas hati dengan gangguan bekalan air di Selangor akibat pencemaran sungai dan tindakan tegas perlu diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab,” katanya yang dipetik portal itu.
Loji Rawatan Air Langat dan Cheras masing-masing beroperasi semula jam 9 pagi dan 12 tengah hari semalam, selepas ditutup pada jam 8.30 malam dan 10 malam Jumaat lalu, ekoran pencemaran bau disyaki dari Sungai Semantan di Pahang.
Sehubungan itu, beberapa kawasan di Kuala Lumpur, Petaling dan Hulu Langat mengalami gangguan air sementara.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna Selangor, Elizabeth Wong bagaimanapun berkata, pasukan pemantauan sungai Pengurusan Air Selangor dan Jabatan Alam Sekitar Pahang masih berusaha mengenal pasti punca pencemaran itu.
Pautan:
Pemantau cuba kesan sumber bau luar biasa cemar sungai, kata exco Selangor
Tags: bahasa, pencemaran, bau luar biasa, Sungai Semantan, loji air, Langat, Cheras, Eddie Ng