Pakistan lulus akta cegah pembunuhan maruah

Pakistan lulus akta cegah pembunuhan maruah

Mengikut undang-undang baru itu, pesalah hanya akan terlepas hukuman mati jika mendapat kemaafan keluarga mangsa, namun mereka tetap perlu menjalani hukuman penjara seumur hidup.

law_jail_Pakistan
ISLAMABAD:
Parlimen Pakistan sebulat suara meluluskan undang-undang bagi mencegah pembunuhan maruah dan pesalah tidak akan dibebaskan selepas dimaafkan keluarga mangsa.

Dengan undang-undang baru itu, pesalah hanya akan terlepas hukuman mati jika mendapat kemaafan keluarga mangsa, namun mereka masih perlu menjalani hukuman penjara seumur hidup.

Undang-undang baru itu diluluskan Dewan Senat dan Dewan Rakyat yang disiarkan secara langsung semalam, sekaligus menyaksikan pemansuhan peruntukan akta sedia ada membenarkan pesalah dibebaskan, jika dimaafkan keluarga mangsa.

“Undang-undang sepatutnya menjadikan kelakukan lebih baik, bukannya membenarkan perlakuan buruk berterusan,” kata bekas senator, Sughra Imam yang mengusulkan rang undang-undang itu pada 2014.

Ia diluluskan 3 bulan selepas kes pembunuhan selebriti media sosial, Qandeel Baloch oleh abangnya atas alasan ‘mencalarkan maruah keluarga’.

Menurut Reuters, kira-kira 500 wanita di Pakistan dibunuh ahli keluarga sendiri setiap tahun atas alasan mencemarkan ‘maruah’ keluarga, seperti lari bersama pasangan, bergaul dengan lelaki dan perbuatan lain yang dikatakan bertentangan dengan nilai konservatif di negara itu.

Turut diluluskan semalam ialah pesalah kes rogol akan dijatuhkan hukuman penjara 25 tahun.

Pengarah Eksekutif pertubuhan hak asasi Equality Now, Yasmeen Hassan berharap 2 undang-undang itu mampu memberi perubahan dalam masyarakat Pakistan, khasnya layanan terhadap golongan wanita.

“Ia sangat penting bagi wanita Pakistan, di mana kadar sabitan terhadap kesalahan rogol hampir tiada, ekoran pelbagai halangan teknikal,” katanya.

Pautan:

Abang selebriti media sosial Pakistan tidak kesal cekik bunuh adik

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.