Doktor Malaysia antara terlibat selepas Israel tahan kapal bawa bantuan

Doktor Malaysia antara terlibat selepas Israel tahan kapal bawa bantuan

Kapal layar Zaytouna-Olivia itu ditahan kira-kira jam 9 malam tadi (waktu Malaysia) ketika dalam perjalanan menuju ke Gaza.

fauziah-hassan
KUALA LUMPUR:
Tentera Israel menahan kapal layar, Zaytouna-Olivia, bersama 3 anak kapal dan 10 aktivis wanita termasuk wakil tunggal Malaysia, Dr Fauziah Mohd Hassan, dalam misi ‘Women’s Boat To Gaza'(WBG), malam tadi.

Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), dalam kenyataan malam tadi, mengesahkan kapal itu, yang dalam perjalanan menuju ke Gaza, ditahan pada 2.58 petang waktu tempatan (8.58 malam waktu Malaysia).

Kapal Zaytouna itu dijangka akan ditunda oleh tentera Israel ke Pelabuhan Ashdod, menurut kenyataan itu.

Dr Fauziah bersama anggota misi bantuan kemanusiaan WBG itu mengikuti misi mencabar sekatan Israel ke atas Gaza setelah laluan darat ke negara yang dizalimi itu dikepung dan laluan masuk dari sempadan Mesir-Gaza di Arafah, turut ditutup.

Delegasi wanita dari negara lain adalah dari Tunisia, Israel, Algeria, Kanada, Turki, Amerika Syarikat, Sweden, Ireland, New Zealand dan Australia sebagai tanda solidariti kepada rakyat Palestin.

Pelayaran WDB bermula pada 8 malam, 14 September (waktu tempatan Barcelona) dari pelabuhan Vell dan berhenti di Ajaccio, Perancis (bagi pusingan pertama) pada 19 September sebelum meneruskan perjalanan ke Messina, Itali (pusingan kedua).

Sehubungan itu, MyCare akan mengadakan satu sidang media berhubung perkara itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.