SMK Balung ditutup pantau Nuri jatuh di atas bumbung sekolah

SMK Balung ditutup pantau Nuri jatuh di atas bumbung sekolah

Pihak bomba dan penyelamat serta agensi seperti Angkatan Pertahanan Awam dan Hospital Tawau membuka pusat kawalan operasi bagi menjalankan tugas pemantauan.

helikopter nuri
TAWAU: Sekolah Menengah Kebangsaan Balung di sini ditutup hari ini bagi membolehkan pihak polis melakukan pemantauan berhubung kejadian sebuah helikopter Nuri milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terjatuh ke atas bumbung Pusat Kemahiraan Hidup sekolah itu pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Fadil Marsus memberitahu pemberita di tempat kejadian, pihak bomba dan penyelamat serta agensi seperti Angkatan Pertahanan Awam dan Hospital Tawau membuka pusat kawalan operasi bagi menjalankan tugas pemantauan.

Beliau berkata turut memantau ialah Jabatan Pendidikan Negeri.

“Kita mendapat laporan terdapat beberapa pelajar trauma susulan kejadian itu kerana ia berlaku ketika sesi pembelajaran,” katanya.

Selain bumbung pusat itu, difahamkan sebuah dewan yang sedang dalam pembinaan turut rosak.

Seorang guru yang enggan dikenali berkata beliau sedang mengajar apabila terdengar bunyi dentuman kuat.

“Tiba-tiba saya terdengar bunyi dentuman kuat yang saya agak datang tidak jauh dari pejabat guru,” katanya.

Kejadian melibatkan sebuah bangunan 3 tingkat yang menempatkan kelas Tingkatan 4 dan 5.

Pautan:

Helikopter tentera terhempas atas sekolah, 21 cedera

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.